KUALA LUMPUR: Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang gagal melengkapkan imunisasi COVID-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan apabila dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam dilaksanakan mulai 1 Nov ini.
Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Pekeliling yang ditandatangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman itu menyebut pegawai boleh diarah untuk mendapatkan dos lengkap mulai tarikh itu.
"Pada atau selepas 1 Nov 2021, mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan ketua jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan," menurut pekeliling itu yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini.
Sementara itu, sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas faktor kesihatan, mereka boleh diarahkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar.
Mereka juga boleh diarahkan oleh ketua jabatan untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 jika telah disahkan tidak layak menerima vaksinasi itu atas sebab kesihatan.
"Pegawai adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum," menurut pekeliling itu.
Pekeliling itu menyatakan ketua jabatan juga boleh pada bila-bila masa mengarahkan mana-mana pegawai yang belum mendapatkan dos lengkap untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi menentukan status kesihatan mereka.
Ketua jabatan juga boleh mempertimbangkan apa-apa kaedah sesuai untuk memastikan pelaksanaan dasar itu dalam menguruskan pegawai yang tidak mendapatkan vaksinasi lengkap termasuk mengarahkan mereka menjalani ujian pengesanan COVID-19 dengan kos ditanggung pegawai terbabit.
Bagaimanapun, kos ujian pengesanan untuk mereka yang tidak layak menerima imunisasi atas faktor kesihatan akan ditanggung kerajaan.
Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan selain terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani oleh pegawai di bawah subperaturan 20 (3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012].
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan 30 Sept lepas memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin COVID-19 dan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 Nov 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang gagal melengkapkan imunisasi COVID-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan apabila dasar baharu berhubung imunisasi melibatkan penjawat awam dilaksanakan mulai 1 Nov ini.
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama
RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri kenaikan tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.68 mata kepada 1,544.96 daripada 1,553.64 semasa ditutup pada Isnin.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna di negara ini untuk menuntut ganti rugi.
Keberanian PM dalam isu Palestin wajar disokong dan dicontohi - YADIM
Sikap mempertahankan hak rakyat Palestin di persada dunia yang diperlihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diikuti oleh para pemimpin negara ini tanpa mengira parti.
Polis akan panggil pengusaha KK Mart
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengusaha kedai serbaneka KK Mart yang menjual stoking bertulis kalimah Allah.
Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
MTDC dan Ideasparq Robotics perkenal teknologi robot pembersihan masjid
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Ideasparq Robotics Sdn Bhd melancarkan program mengimarahkan institusi masjid dengan penggunaan teknologi melalui perkenalan robot pembersihan buatan tempatan.
[TERKINI] Harga jualan runcit beras putih import turun kuat kuasa esok
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM) ingin memaklumkan Pelarasan Harga Beras Putih Import (BPI) akan dilaksanakan mulai Rabu, 20 Mac 2024
(KPKM) ingin memaklumkan Pelarasan Harga Beras Putih Import (BPI) akan dilaksanakan mulai Rabu, 20 Mac 2024
SPRM kesan Mohammad Zyed Ibrahim untuk bantu siasatan kes penyeludupan
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu ialah Mohammad Zyed Ibrahim, 38, dengan alamat terakhir di Blok A-17-29 Mesahill Apartment Persiaran Ilmu, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Peniaga guna kekerasan terhadap penguat kuasa MBAS dipenjara 15 hari, denda RM3,500
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pembantu penguat kuas
SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok
SPRM menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik suspek yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.
Dua ditahan cuba halang penjawat awam bertugas depan Masjid Zahir
Dua individu itu menjerit-jerit terhadap anggota penguatkuasa dan mencabar mereka untuk membuka uniform selain mengeluarkan perkataan kesat.
Cuepacs mahu kerajaan teruskan tradisi beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Cuepacs mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Kajian SSPA: Tempoh kerja singkat bantu wanita seimbang kerjaya dan keluarga
Sehingga ke hari ini, isu ini masih belum ada jalan penyelesaian biarpun pelbagai usaha dilakukan.
Empat lagi ditahan terima rasuah daripada sindiket penyeludupan
Padah menjadi perantara untuk memberi rasuah bagi pihak sindiket penyeludupan, seorang penjawat awam antara yang ditahan pihak berkuasa.
Negeri Sembilan optimis capai sasaran pelaburan baharu lebih RM10 bilion tahun ini - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan optimis untuk mencapai sasaran pelaburan baharu melebihi RM10 bilion pada tahun ini sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Empat lagi penjawat awam ditahan kes rasuah sindiket penyeludupan di sempadan negara
Lagi penjawat awam ditahan kerana disyaki terbabit rasuah sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu sempadan negara.