ISKANDAR PUTERI: Kakitangan kerajaan negeri dan kakitangan awam persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Johor, bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ia adalah sebagai menghargai jasa dan khidmat penjawat awam yang telah menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri, sekali gus menjadi tulang belakang kepada kelancaran pentadbiran.
"Bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua guru kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA), petugas pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru tadika Islam Johor (TAJ).
"Bantuan khas kewangan ini akan dibayar sebelum akhir tahun ini," kata beliau ketika membentangkan Bajet Johor 2022 pada da hari pertama Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
Sementara itu, Hasni berkata sebanyak RM90 juta akan digunakan bagi meneruskan program bantuan Kasih Johor dengan menambah bilangan penerima kepada 450,000 daripada 300,000 yang terdiri daripada golongan B40.
Malah, beliau berkata pemberian wang tunai secara 'one-off' kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan RM3,001 hingga RM 7,000 akan diteruskan pada tahun hadapan.
"Inisiatif ini adalah bagi melengkapkan bantuan awal persekolahan yang diberi oleh kerajaan Persekutuan bagi golongan berpendapatan di bawah RM3,000. Sejumlah RM33 juta akan diperuntukkan dan memanfaatkan 220,000 pelajar.
"Bagi golongan asnaf, sebanyak RM500,000 akan diperuntukkan untuk kebajikan sosial dan institusi untuk memanfaatkan anak-anak yatim, warga tua yang tidak berwaris, persatuan orang kurang upaya dan lain-lain," kata Hasni.
Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan pemberian peruntukan khas sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Sultanah Rogayah dan RM7 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah.
Turut akan dilaksana ialah Projek Ekonomi Rakyat dan Kumpulan Sasar (PERKASA), yang dahulunya dikenali sebagai Projek Pembangunan Ekonomi Johor (PROPER) oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) bagi memperbaiki keadaan ekonomi rakyat terutamanya masyarakat luar bandar.
"Projek ini memberi peluang pekerjaan dalam sektor tani secara kecil-kecilan kepada 16 komuniti setempat tanpa mengira kaum, gelandangan dan orang kurang upaya (OKU). Peruntukan bagi inisiatif ini adalah sebanyak RM300,000," kata Hasni.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Hasni berkata ia adalah sebagai menghargai jasa dan khidmat penjawat awam yang telah menjayakan agenda pembangunan dan kebajikan negeri. - Gambar/ Bernama
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Johor sah penganjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengesahkan Johor akan menganjurkan Sukan SEA 2027 bersama-sama Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Banjir: Mangsa di empat negeri bertambah, Johor pulih
Situasi banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
Tempoh rehat Jumaat dua jam mulai tahun depan - MB Johor
Kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini.
Johor pertimbang sektor awam kerja empat hari setengah seminggu
Johor sedang mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada empat hari setengah seminggu.