awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Sabah terima bonus Aidilfitri dan Kaamatan RM500, pesara RM250

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2022
07:12 MYT
Penjawat awam Sabah terima bonus Aidilfitri dan Kaamatan RM500, pesara RM250
Hajiji (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 KIR yang terbabit dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.
TAWAU: Kerajaan Sabah akan memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketika mengumumkan pemberian bonus itu di Tawau, Hajiji berkata, bonus tersebut adalah sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.
"Kerajaan negeri akan membayar bonus sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan iaitu RM500 seorang.
"Para penerima adalah terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dalam kategori gred N54 ke bawah. Manakala pesara akan menerima separuh daripada jumlah berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas di Dewan Masyarakat Tawau pada Rabu.
BACA: Kerajaan umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 buat pesara
Semalam, Kerajaan Pusat turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bantuan khas sebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
[TERKINI] Bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam, pesara kerajaan
Topic Berkaitan
#Bonus Aidilfitri
#Bonus Kaamatan
#Kerajaan Sabah
#Hajiji Noor
#Hajiji bonus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan