KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Menurut Perdana Menteri, bantuan khas sebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.

Beliau berkata, pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.