KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bonus minimum satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam menerusi Bajet 2023.
Presiden Ceupacs Datuk Adnan Mat berkata ini kerana kali terakhir penjawat awam menerima bonus satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 adalah pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.
"Cuepacs yakin Perdana Menteri boleh melihat perkara ini melalui Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula kelak dengan sekurang-kurangnya bonus satu setengah bulan gaji wajar diberikan kepada penjawat awam.
"Perkara ini pernah dilakukan Perdana Menteri (Anwar) ketika menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Adnan berkata Cuepacs mencadangkan kerajaan untuk memberikan dua kali Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) khas untuk semua penjawat awam berikutan peningkatan harga barangan yang mencengkam ketika ini.
"KGT khas RM100 tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup dengan belian barangan asas dianggarkan meningkat kepada RM115 berdasarkan kajian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian dilaksanakan sendiri Cuepacs mendapati kos perbelanjaan bagi pembelian barangan asas meningkat RM140 sebulan," katanya.
Justeru beliau berkata pemberian dua kali KGT khas itu boleh membantu penjawat awam untuk menikmati kualiti hidup lebih baik pada masa hadapan.
Adnan turut berharap kerajaan memperkenalkan sistem saraan baharu untuk perkhidmatan awam melalui Bajet 2023 dengan penetapan gaji minimum bermula RM1,800 sebulan.
Menurutnya, sistem saraan perkhidmatan awam ketika ini adalah berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002 yang hanya ditambah baik apabila Sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 2012 telah dibatalkan.
"Sepatutnya kerajaan memperkenalkan sistem saraan baharu setiap 10 tahun bagi memastikan ia sesuai digunakan mengikut persekitaran ekonomi semasa negara. Adalah tidak relevan untuk perkhidmatan awam menggunakan sistem saraan yang hanya ditambah baik sahaja serta telah berusia lebih 20 tahun," katanya.
Beliau berkata sistem saraan baharu itu juga sesuai dengan sasaran kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-10 untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.
Isnin lepas, Anwar berkata Bajet 2023 akan diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Kabinet Kerajaan Perpaduan yang baharu malah beliau memberi ruang kepada MOF serta jemaah menteri bagi menambah baik Bajet 2023 sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Adnan berkata, kali terakhir penjawat awam menerima bonus satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 adalah pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan. - Gambar fail

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan
Didapati 59 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Bajet 2023: Banyak berita baik untuk rakyat - PM Anwar
Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan pada 24 Februari hadapan akan mengandungi banyak berita baik untuk rakyat.

#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.

Sekuriti makanan antara tumpuan Bajet 2023 - PM
Semua sektor industri perlu mengambil peranan besar dan diberi perhatian termasuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Bajet 2023 diharap luluskan projek infrastruktur di P. Pinang - Ketua Menteri
Antara projek itu termasuk LRT bagi jajaran George Town-Butterworth.

Bajet 2023 dibentang semula penuhi keperluan setiap masyarakat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa Bajet 2023 yang akan dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat.

Bajet 2023: Anwar akui Pulau Pinang, Sabah, Sarawak terpinggir
Kerajaan sedia mempertimbang cadangan untuk memberikan peruntukan lebih kepada Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, yang ketinggalan dalam menerima peruntukan bajet sebelum ini.

"Saya harap Bajet 2023 yang dibentang semula ditambah baik" - Ismail Sabri
Berharap semua projek pembangunan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 pada tahun lalu, khususnya yang menjaga kepentingan rakyat.

Isu kemiskinan tegar, agenda utama KPDN dalam Bajet 2023
Katanya, ia merupakan satu keutamaan kepada Kerajaan Perpaduan, selain menjadi agenda nasional di bawah kepimpinan PM Anwar.

Bajet 2023 tidak akan terikat dengan belanjawan Oktober 2022 - Anwar
Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula 24 Februari depan tidak akan terikat dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Kerajaan terdahulu iaitu pada Oktober 2022.