KUALA LUMPUR:Ketelusan kerajaan memberikan penerangan jelas mengenai keselamatan vaksin COVID-19 kepada masyarakat, amat penting dalam memastikan usaha memerangi pandemik itu, di negara ini berjaya dan membuahkan hasil.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata pendekatan itu juga dapat mengelakkan kekeliruan berkaitan vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat sekali gus dapat menangkis persepsi negatif serta momokan oleh golongan antivaksin.
"Sebenarnya apa jua vaksin, ia telah melalui ujian klinikal terutamanya di negara maju. Jika ada mengatakan mereka yang mengambil vaksin tersebut adalah sebagai bahan uji kaji, ia adalah tidak benar.
"Maklumat yang mengelirukan (mengenai vaksin COVID-19) akan merugikan rakyat, khususnya mereka yang memerlukan iaitu warga emas dan golongan berisiko," katanya ketika dihubungi Bernama.
Justeru, Dr Zainal Ariffin berkata badan bukan kerajaan (NGO) harus memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang betul dan sahih mengenai vaksin kepada masyarakat.
Jelasnya kenyataan yang mengelirukan kepada masyarakat mengenai sesuatu vaksin adalah tidak bertanggungjawab dan ia seharusnya dikenakan tindakan agar individu dan pihak terlibat mendapat pengajaran sewajarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata soal status halal sesuatu vaksin dapat ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi kegunaan umat Islam.
Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan beberapa pihak yang mengatakan golongan yang bakal diberikan vaksin COVID-19, hanya bertujuan untuk dijadikan bahan uji kaji.
"Vaksin COVID-19 mesti berpandu kepada bukti sainstifik," katanya menambah PERDIM menyokong sekiranya, tindakan diambil terhadap pihak yang ekstrem sehingga membantutkan usaha kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 di negara ini.
"Kita tidak mempersoalkan pendirian golongan antivaksin itu, tetapi mereka janganlah mengeruhkan keadaan kerana kerajaan telah melakukan yang terbaik," kata Dr Ahmad Shukri.
Minggu lepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 9.6 juta atau 30 peratus rakyat Malaysia dijangka memperoleh vaksin COVID-19 tahun hadapan.
Golongan berisiko tinggi seperti petugas barisan hadapan dan warga emas yang bakal menjadi kumpulan pertama menerima vaksin COVID-19 di negara ini bukanlah dianggap sebagai 'tikus makmal', sebaliknya mereka menerima vaksin yang terbukti selamat dan telah menjalani ujian klinikal berskala besar.
Beliau juga memberi jaminan vaksin COVID-19 yang akan digunakan di Malaysia kelak mesti melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Elakkan kekeliruan berkaitan vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat, sekali gus menangkis persepsi negatif. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.
Kerajaan ambil pendekatan pragmatik bangun perancangan ekonomi - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan komited pastikan masyarakat India terbela melalui pelbagai inisiatif
Kerajaan komited dalam memastikan masyarakat India di Malaysia terus dibela menerusi pelaksanaan pelbagai program pembangunan keusahawanan dan kerjaya.
Penyasaran subsidi RON 95: Pakar ekonomi cadang kerajaan tidak ganggu harga pasaran
Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata pada masa sama kerajaan disaran terus memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.
Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.