awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjimatan subsidi diesel dikembalikan kepada rakyat melalui STR, pengangkutan awam - PM

Bernama
Bernama
11/06/2024
02:50 MYT
Penjimatan subsidi diesel dikembalikan kepada rakyat melalui STR, pengangkutan awam - PM
Perdana Menteri Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, pada Selasa. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Penjimatan menerusi penyasaran subsidi diesel akan dikembalikan kepada rakyat khususnya bagi menampung keperluan pengangkutan awam dan suntikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengakui penyasaran subsidi itu bukan tindakan popular, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu memberikan penjimatan RM4 bilion setahun dan pelaksanaannya telah melalui penelitian rapi di pelbagai peringkat.
"(Penjimatan penyasaran subsidi) diesel itu adalah untuk tampung keperluan pengangkutan awam iaitu pengangkutan rakyat.
"Bayangkan STR untuk sembilan juta orang (penerima) yang (mendapat) subsidi tunai secara langsung, itu RM10 bilion. Wang (penyasaran subsidi) itu bukan untuk naikkan elaun menteri ataupun kepentingan lain, saya tumpukan hal ini (bantuan rakyat)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.
Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula semalam (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik. - Bernama
Topic Berkaitan
#rasionalisasi subsidi
#subsidi diesel
#Sumbangan Tunai Rahmah
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan