MALAYSIA
Penjual pakaian bebas tuduhan sebabkan kematian pelajar Tingkatan Tiga

Mohamad Zakiran (tengah) bersama dua peguambela keluar dari Mahkamah Majisret Machang pada Isnin. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Mahkamah Majisret Machang pada Isnin melepas dan membebaskan seorang penjual pakaian daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad, Machang dua tahun lalu.
Ringkasan AI
- Tertuduh dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Machang: Mohamad Zakiran Mohd Zain dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menyebabkan kematian pelajar selepas pendakwaan gagal membuktikan kesalahan memandu secara berbahaya.
- Kematian disebabkan kecuaian penunggang motosikal: Mahkamah dapati mangsa menunggang laju, motosikal tiada brek, dan tidak memakai topi keledar; faktor utama kematian adalah kecederaan di kepala.
- Kelemahan siasatan jadi hujah pembelaan: Peguambela berhujah polis gagal siasat pemandu MPV yang menghalang laluan dan hanya membuat ukuran jalan secara anggaran, bukan sebenar.
Selain itu, keterangan pegawai perubatan sebelum ini menyatakan bahawa kecederaan di kepala menyebabkan kematian mangsa dan ketika itu dia tidak memakai topi keledar.
Di akhir kes pendakwaan, peguambela tertuduh menghujahkan bahawa polis gagal menyiasat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menghalang laluan tertuduh serta keputusan siasatan polis yang membuat ukuran jalan hanya berdasarkan anggaran dan bukan ukuran sebenar.
Tertuduh diwakili peguambela Nik Saiful Adli Burhan dan Che Muhammad Redzuan Jihad manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohd Bakri.
Lelaki berkenaan sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara cuai di Jalan Pulai Chondong, Machang dan menyebabkan seorang pembonceng motosikal, Rifqi Danish Arman Rosmaidi meninggal dunia dalam kejadian pada 6 April 2023.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara mandatori hingga sepuluh tahun dan denda sehingga RM50,000. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami