Seorang Penolong Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah wang berjumlah RM16,000, dua tahun lepas.
Tertuduh Mohd Fazdhly Abdul Razak, 42, membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan dibacakan, di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Fazdhly sebagai seorang penjawat awam iaitu Penolong Pegawai Pendaftaran (KP32) di JPN Putrajaya, didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM10,000 dan RM1,500 yang dideposit ke dalam akaun bank miliknya oleh seorang lelaki, yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Fazdhly didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM4,500 yang didepositkan ke dalam akaun bank sama, oleh lelaki yang sama.
Ketiga-tiga kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di dua bank di cawangan Masai dan Taman Johor Jaya, di sini, pada 13 Jun, 4 Julai serta 18 Julai 2018.
Mohd Fazdhly didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Mahirah Mohd Pauzi memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Mohd Fazdhly yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun merayu wang jaminan dikurangkan dengan alasan menggadai tanah pusaka di kampung bagi menyediakan wang jaminan itu, selain menanggung tiga anak berumur antara tujuh dan 14 tahun, isteri yang tidak bekerja serta ibu mentua yang menderita barah rahim tahap tiga.
Kamarudin kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM berhampiran sekali setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 26 Okt depan untuk sebutan semula kes itu bagi penyerahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020

Penolong Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Fazdhly Abdul Razak, 42, (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah wang berjumlah RM16,000, dua tahun lepas. - Foto BERNAMA

PdPR | Ibu bapa Orang Asli bimbang anak keciciran
Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang, Kelantan bimbang anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran berikutan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana ketiadaan akses kepada peranti serta liputan internet yang lemah.

WEF | Memahami laporan ketidaksamaan OXFAM
Kita bersama Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan (PERKESO) bagi membincangkan mengenai laporan yang dikeluarkan OXFAM International.

COVID-19 | Langkah pencegahan awal di UK berjaya
United Kingdom mendedahkan pendekatan dilaksanakan bagi mengawal penularan COVID-19 semakin mennunjukan hasil. Menurut Setiausaha Kesihatannya, Matt Hancock peningkatan jumlah kes semakin perlahan dan menurun di beberapa bahagian negara itu.

Amerika Syarikat | Biden tandatangan arahan eksekutif 'Buy American'
Presiden Joe Biden tandatangani arahan eksekutif untuk meningkatkan pembelian kerajaan daripada pengeluar Amerika Syarikat. Arahan eksekutif itu adalah tindakan biden pada minggu pertamanya untuk memulihkan ekonomi Amerika dengan pantas.

COVID-19: Ibarat 'bernafas dalam lumpur', peniaga Pasar Siti Khadijah rayu bantuan
Bukan hanya berdepan risiko hutang sewa kedai, malah ada di antara mereka yang terpaksa menanggung hutang dengan pembekal barangan.

'Beri ruang, peluang' - PIBGN jawab dakwaan guru tidak cukup bersedia kendali PdPR
Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula, wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah ibu bapa dengan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

COVID-19: Kerajaan seluruh dunia gagal tangani impak ketidakadilan global - Oxfam
Bergerak ke hadapan, penggubalan dasar dalam dunia pasca-koronavirus perlu memberikan fokus untuk menghapuskan kemiskinan dan melindungi planet ini daripada perubahan iklim.

COVID-19: Tiga lagi sekolah rendah di Terengganu diarah tutup
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga Dua dan SK Bukit Apit.

COVID-19: Dua warga Malaysia antara 44 kes import di Singapura
Berdasarkan data penuh kementerian yang dikeluarkan lewat malam tadi, kedua-dua pemegang permit kerja itu tiba dari Malaysia.

Buang ubat: Kesan jangka masa panjang terhadap alam sekitar
Kaedah pelupusan ubat-ubatan secara tidak tepat boleh mengancam hidupan akuatik.

Pejabat JPN di KL, Selangor ditutup sementara sehingga tamat PKPB
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan 15 pejabat JPN di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor ditutup sementara mulai hari ini.

Penolong pegawai pendaftaran didakwa terima suapan RM16,000
Dia berhadapan tiga pertuduhan menerima rasuah wang berjumlah RM16,000, dua tahun lepas.

Tiada Pas Lawatan Jangka Panjang: Anak, pasangan warganegara boleh mohon masuk Malaysia
Bagaimanapun, pertimbangan kebenaran masuk itu hanya untuk pemohon dari negara-negara yang dibenarkan masuk ke Malaysia sahaja.

Bayaran insentif BIMLTK diperluas kepada PDRM, Imigresen, RELA, JPN
Bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan dilanjutkan kepada empat jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 1 Jun ini.

Gereja tidak akan laksanakan perkahwinan secara 'online'
Bagi pasangan yang merancang untuk berkahwin dalam tempoh PKP ini, mereka disaran melakukan penangguhan dan telah bersetuju dengan cadangan itu.

Tambahan 90 hari selepas PKP tamat untuk urusan pendaftaran, kematian - Ismail Sabri
Bagi rakyat Malaysia di luar negara, tempoh yang sama iaitu 90 hari diberikan selepas tamat PKP di negara masing-masing.

Op bersepadu: 155 ditahan termasuk 7 kanak-kanak
Operasi bersepadu itu bermula pukul 1 hingga 4 pagi, tertumpu di sebuah penempatan rumah di kawasan Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.

Bapa anak tidak sah taraf tidak boleh daftar nama di bawah BDRA
Peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian itu tidak terpakai bagi orang Melayu atau Hindu kerana mereka tidak mempunyai nama keluarga.

SPR, JPN tubuh pasukan petugas khas selaras undi 18 tahun
Jawatankuasa itu bertindak menyelaraskan maklumat warganegara dan perkara lain yang berkaitan.

Perbicaraan kes jual sijil lahir, MyKad bermula 6 April tahun depan
Mahkamah hari ini menetapkan lima hari bermula 6 April 2020 sebagai tarikh perbicaraan kes sindiket pengeluaran dan penjualan MyKad.