KUANTAN: Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah, tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Moh Roffi Ab Rahman, 58, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan itu pada prosiding hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, Moh Roffi yang bertugas di Unit Perubatan Forensik HoSHAS didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,600 yang dimasukkan secara pindahan wang ke akaun bank miliknya oleh dua individu terlibat dalam kerja pengurusan mayat dan jenazah di sebuah bank di Bandar Pusat Jengka, Bandar Jengka antara 8 April hingga 27 Jun 2021.
Bapa kepada lima orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,400 bagi pertuduhan pertama, denda RM600 bagi pertuduhan kedua dan denda RM1,000 bagi pertuduhan ketiga.
Pada 19 Okt tahun lepas, Moh Roffi mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan menerima wang berjumlah RM3,350 berkaitan kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit.
Bagaimanapun, sembilan lagi pertuduhan membabitkan kesalahan sama yang dihadapi Moh Roffi sebelum ini dipertimbangkan sebagai 'take into consideration' (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Moh Roffi (kiri) didenda RM3,000 atas tiga pertuduhan menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah, tiga tabun lepas. - Foto Bernama
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Rasuah: Penolong pegawai perubatan dipenjara 2 bulan, denda RM17,500
Tertuduh didapati menggunakan kedudukannya dengan memperakukan syarikat Pella Maju Enterprise milik adiknya bagi pembelian peralatan perubatan.