awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter

Bernama
Bernama
18/07/2021
05:19 MYT
Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter
Mohamad Arif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya, Oktober tahun lepas. --fotoBERNAMA
KOTA TINGGI: Seorang penolong pengurus syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik di laman Twitter pada Oktober tahun lepas.
Mohamad Arif Ahmad, 29, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Twitter menggunakan laman profil 'Uncle Ireeve@mxdriv' pada 9.20 pagi, 25 Okt 2020.
Pautan itu kemudian dibaca pada 3.30 petang, hari yang sama di Kedai Makan, Air Papan di Daerah Mersing.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan agar tertuduh tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial mengenai kes itu.
Bagaimanapun, peguam Omar Kutty Abdul Aziz yang mewakili Mohamad Arif memohon jaminan rendah memandangkan tertuduh menanggung ibu bapanya yang mempunyai beberapa penyakit dengan pendapatan RM2,500 sebulan.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta menasihati tertuduh agar tidak membuat sebarang komen di media sosial mengenai kes itu.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hantaran di media sosial
#media sosial
#Mahkamah Sesyen
#Twitter
#hantaran
#jelik
#sakit hati
#penolong pengurus
#syarikat swasta
#komunikasi jelik
#Kota Tinggi
#dakwa
#mengaku tidak bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan