awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"

Bernama
Bernama
09/02/2026
14:45 MYT
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Seorang penolong pengurus kerugian lebih RM1.3 juta angkara penipuan melalui panggilan telefon atau phone scam pada Disember tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Penolong pengurus kerugian lebih RM1.3 juta disebabkan penipuan panggilan telefon atau phone scam yang berlaku pada Disember tahun lepas.
  • Mangsa menerima panggilan dari individu yang menyamar sebagai syarikat perkhidmatan kurier, diikuti dengan panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis.
  • Mangsa terperdaya hingga membuat lima transaksi pemindahan wang daripada akaun KWSP dan Public Mutual ke tiga akaun bank yang diberikan oleh suspek sebelum sedar ditipu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berumur 55 tahun itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang mendakwa daripada sebuah syarikat perkhidmatan kurier, memaklumkan bahawa mangsa kononnya menerima satu bungkusan mengandungi barangan terlarang.
"Panggilan tersebut kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis. Suspek telah memperdaya mangsa dengan mendakwa wang simpanannya perlu disiasat bagi mengenal pasti sumber kewangan yang menyebabkan wanita itu berasa takut dan cemas.
"Mangsa seterusnya telah diarahkan untuk mengeluarkan wang simpanan daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta pelaburan Public Mutual, sebelum memasukkan wang itu ke dalam tiga akaun bank yang diberikan oleh suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa telah membuat lima transaksi pemindahan wang dalam tempoh 24 Dis 2025 hingga 4 Jan 2026, namun mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas gagal menghubungi suspek apabila nombor telefon tersebut disekat.
Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#pelaburan
#phone scam
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan