awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penonton final Piala Malaysia dinasihat tidak bawa bahan terlarang

Bernama
Bernama
25/04/2025
13:50 MYT
Penonton final Piala Malaysia dinasihat tidak bawa bahan terlarang
Polis akan melakukan pemeriksaan badan dan beg penonton, sebelum dan selepas pintu masuk stadium. - Bernama
KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok dinasihatkan tidak membawa masuk barangan terlarang.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata ia termasuk mercun, topi keledar, laser, sebarang objek tajam, payung, tongkat dan botol air.
Beliau berkata polis akan melakukan pemeriksaan badan dan beg penonton, sebelum dan selepas pintu masuk stadium.
"Bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang perlawanan, polis menasihati orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam dan elakkan melalui jalan-jalan di sekitar stadium jika tidak bertujuan menonton perlawanan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai juga diingatkan supaya mematuhi segala arahan diberikan pegawai polis bertugas.
"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan atau individu yang cuba mencetuskan kekacauan serta provokasi melampau semasa perlawanan mahupun selepas tamat perlawanan.
"Mereka yang didapati melakukan perbuatan berkenaan boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh) atau Seksyen 160 Kanun Keseksaan (Gaduh Gempar)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penonton
#final
#Piala Malaysia
#bahan terlarang
#polis
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan