GUA MUSANG: Berikutan kejatuhan dan harga yang tidak menentu bagi komoditi getah dan kelapa sawit sejak dua tahun, membuatkan lebih 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini mula mengusahakan tanaman kontan sebagai inisiatif menampung kehidupan seharian mereka.
Pekebun terlibat terpaksa beralih kepada tanaman jangka pendek seperti pisang, nanas, ubi kayu atau kelapa yang mengeluarkan hasil cepat untuk jualan dan menjanjikan hasil yang lebih tinggi.
Pekebun Mohamed Noor Awang Hamat, 70, berkata pisang adalah antara tanaman kontan yang menjadi pilihan kebanyakan pekebun kini memandangkan hasilnya dapat diperoleh hanya dalam tempoh sembilan bulan hingga setahun.
Mohamed Noor bagaimanapun berkata mereka masih mengharapkan tindakan yang lebih efektif daripada pihak kerajaan sebagai penyelesaian kepada permasalahan penoreh getah secara keseluruhan.
"Pekebun getah mengharapkan harga getah naik melebihi RM3 sekilogram, namun apa yang berlaku harganya jatuh mendadak antara RM2 hingga RM2.40 sekilogram.
"Harga sawit pula antara RM650 hingga RM750 bagi satu tan. Kami sedih dan berasa terkesan dengan harga komoditi yang masih rendah ketika masalah kos sara hidup semasa tinggi," katanya ketika ditemui pemberita di RPT Sungai Terah di sini hari ini.
Wan Ab Talib Wan Jusoh, 69, turut senada berharap bantuan untuk pekebun kecil disediakan pihak kerajaan, malah turut menetapkan satu nilai harga yang bersesuaian untuk menampung sara hidup kini.
Beliau turut berharap pihak kerajaan dapat membantu penoreh getah secara menyeluruh termasuk terhadap golongan yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mendapatkan bantuan.
"Kami sekarang amat tertekan dengan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah pula bekalan komoditi berkurangan. Kami masih lagi bersabar dan terpaksa menoreh saban hari untuk menampung kehidupan seharian.
"Kami berharap Belanjawan 2023 yang akan dibentang nanti memberi khabar gembira dan membantu kebajikan penoreh getah khususnya rakyat di pedalaman yang menjadikan tanaman komoditi sebagai sumber pendapatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Wan Ab Talib memeriksa batang pokok getah tua yang sudah lama tidak ditoreh berikutan harga komoditi itu tidak menentu sejak dua tahun lepas. - Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Penoreh getah mengaku salah cederakan warga emas guna parang
Seorang penoreh getah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga emas menggunakan parang.
'Saya tak sengaja rogol anak'
Seorang penoreh getah didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.
Pekebun kecil getah Sabah, Sarawak dapat bayaran IPG pada Mei
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sabah dan Sarawak dari 1-30 Jun 2024.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Cendawan Volvariella jadi sumber pendapatan utama penoreh getah
Ismail berkata permintaan cendawan itu sangat memberangsangkan dengan pasaran tertumpu di sekitar Kuala Nerang.
Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang
Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Penoreh getah cuba bunuh polis dijel 8 tahun
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap dan denda RM3,000.
Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh
Norhaniza Arifin yang berusia 15 tahun patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri akibat kemalangan.
Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai
Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.