awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penoreh getah di Kelantan resah cuaca panas jejas pendapatan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
16/03/2016
11:52 MYT
Penoreh getah di Kelantan resah cuaca panas jejas pendapatan
Pada musim luruh daun, penghasilan susu getah menurun sehingga 50 peratus. - Gambar fail
Cuaca panas ketika ini meresahkan kehidupan lebih 200 pekebun getah di Kelantan kerana mereka tidak dapat menoreh dan terpaksa cari kerja sampingan buat sementara waktu.
Jika sebelum ini mereka bergelut dengan isu kejatuhan harga getah di pasaran, dengan harga semasa hanya RM2 sekilogram, fenomena tersebut menyebabkan bekalan air berkurangan sekali gus menjejaskan penghasilan susu getah.
Pada musim luruh daun, penghasilan susu getah menurun sehingga 50 peratus, dan boleh menjejaskan pendapatan mereka dalam tempoh masa enam bulan.
Bagi seorang penoreh, Samsiah Mat Salleh, situasi itu membimbangkannya.
“Bimbang juga musim kemarau ini kerana pokok-pokok mati. (Sekarang) pun pokok getah sudah (masuk) musim luruh. (Susu) getah pun tidak keluar,” keluhnya.
Cari alternatif
Jika sebelum ini golongan tersebut meraih pendapatan melebihi RM1,000 sebulan hasil menoreh getah, namun kini mereka hanya memperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan.
Sementara itu, bagi penoreh, Mohd Alif Yusof, kesulitan itu jelas dirasai apabila hasil menoreh seharian tidak lagi mendapat susu getah sepenuh bekas.
“Harga getah yang dulu RM4 sekilogram, sekarang ini RM2. Gula sekilo pun sudah RM3. Tapi kami kena kerja menoreh juga sebab tak ada kerja lain. Nak buat macam mana?” ujarnya.
Bagi seorang lagi penoreh, Riduan Abdul Rahim, berikutan pokok getah tidak menghasilkan susu, sesetengah penoreh terpaksa mencari alternatif.
“Oleh sebab tiada susu, penoreh kena mencari kerja kampong lain untuk raih pendapatan, termasuklah kerja-kerja menebas,” katanya.
Fenomena cuaca panas juga memberi impak kepada petani dan pekebun kecil lain termasuk pengusaha sawah padi, yang khuatir tanaman mereka tidak menjadi serta diserang makhluk perosak.
Topic Berkaitan
#cuaca panas jejas penoreh
#penoreh getah Kelantan
#susu getah tidak dihasilkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan