KOTA BELUD: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Itu peribahasa yang dapat digambarkan bagi seorang penoreh getah yang terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Johni Satur, 57, tidak menyangka langkah menyimpan wang yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dua tahun lalu membawa tuah kepadanya yang menjadi orang ke-99 menerima RM1 juta dan pertama bagi tahun ini di Sabah.
"Pada mulanya saya menyimpan wang yang dikeluarkan dari KWSP pada tahun 2022 di BSN atas nasihat anak kedua. Itu pun sebab mereka bimbang jika saya ditipu oleh scammer.
"Kemudian pada minggu lalu, saya telah dihubungi mengatakan saya telah memenangi wang RM1 juta. Memang agak terkejut sehingga menggeletar seluruh badan selain takut kerana ada juga terfikir ia mungkin scammer.
"Tetapi selepas diperiksa di kaunter BSN, memang betul saya mendapat cabutan SSP tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Lasau Minunsud di sini pada petang Khamis.
Jelasnya lagi, sepatutnya perkara itu sudah dimaklumkan sejak April lalu tetapi disebabkan kawasan kampungnya sering mengalami gangguan talian telefon menyebabkan maklumat itu baru diterima pada bulan ini.
"Bulan April lagi telah dimaklumkan cuma saya tidak dapat dihubungi sebab tiada liputan telefon seperti yang berlaku hari ini. Kalau tiada bekalan elektrik, talian telefon automatik terputus," katanya.
Ditanya mengenai perancangannya terhadap wang yang diterima, Johni berkata, dia berhasrat untuk membina sebuah rumah lain memandangkan keadaan rumahnya yang daif ketika ini.
"Rumah saya ada kerosakan termasuk bocor di beberapa bahagian, kalau mahu tambah pun kawasan halaman rumah memang sempit jadi saya akan membina rumah di tapak lain.
"Selain itu, wang tersebut akan digunakan untuk pendidikan anak-anak memandangkan ada dua lagi anak saya masih bersekolah iaitu berada di Tingkatan Enam dan juga Tahun Satu.
"Umur saya pun sudah lanjut, jadi dengan pendapatan sebagai penoreh getah yang hanya RM500 sebulan mungkin tidak akan mencukupi membiayai pelajaran anak-anak," katanya.
Sehubungan itu, Johni berkata, dia berterima kasih kepada BSN yang memberi peluang kepada pelanggan merasai pengalaman sebagai jutawan walaupun dia hanya orang kampung biasa.
Sementara itu, anak keduanya, Romexh, 27, berkata, dia bimbang bapanya menjadi mangsa scammer, lalu meminta wang itu disimpan di BSN supaya lebih selamat.
"Saya tidak tahu pun mengenai peraduan ini sehingga dimaklumkan di kaunter BSN dan simpanan dibuat kerana bapa saya memang menyimpan wangnya selama ini di BSN," katanya yang juga graduan dalam bidang pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 17 2024
Johni (tengah) bersama isteri dan anak bongsunya menerima replika cek RM1 juta daripada kakitangan BSN selepas menjadi orang ke-99 menang Cabutan Jutawan BSN SSP di Kampung Lasau Minunsud, Kota Belud. - Gambar Sinar Harian
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Penoreh getah mengaku salah cederakan warga emas guna parang
Seorang penoreh getah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga emas menggunakan parang.
'Saya tak sengaja rogol anak'
Seorang penoreh getah didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.
Pekebun kecil getah Sabah, Sarawak dapat bayaran IPG pada Mei
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sabah dan Sarawak dari 1-30 Jun 2024.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Cendawan Volvariella jadi sumber pendapatan utama penoreh getah
Ismail berkata permintaan cendawan itu sangat memberangsangkan dengan pasaran tertumpu di sekitar Kuala Nerang.
Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang
Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin.
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL).
Penoreh getah cuba bunuh polis dijel 8 tahun
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap dan denda RM3,000.
Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh
Norhaniza Arifin yang berusia 15 tahun patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri akibat kemalangan.
Pekebun kecil akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai
Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) baharu adalah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dalam Belanjawan 2023.