awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penstrukturan semula air Selangor akan dimuktamad pada Selasa

Bernama
Bernama
06/09/2015
15:13 MYT
Penstrukturan semula air Selangor akan dimuktamad pada Selasa
Pada majlis Selasa ini, Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili akan menyerahkan Lesen Kemudahan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan kepada Air Selangor kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (gambar).
Perjanjian air di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor akan dimuktamadkan Selasa ini dengan pemetraian empat perjanjian, kata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), hari ini.
Menurutnya, majlis itu akan diadakan di Shah Alam di antara Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi memetrai empat perjanjian di bawah penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor.
Empat perjanjian terbabit ialah Perjanjian Kemudahan, Perjanjian Pajakan, Perjanjian Hak Untuk Guna dan Perjanjian Penyelesaian, yang menjadi syarat duluan kepada Perjanjian Induk bagi penstrukturan semula itu, kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.
Pada majlis yang sama Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili akan menyerahkan Lesen Kemudahan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan kepada Air Selangor kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
Menurut kenyataan itu, ia adalah syarat duluan terakhir kepada Perjanjian Induk yang perlu dipenuhi Kerajaan Persekutuan.
"Dengan pemetraian perjanjian dan penyerahan lesen terbabit, syarat duluan yang penting itu sudah pun selesai serta dipenuhi. Ini bermakna Perjanjian Induk akan berkuatkuasa mulai 9 September 2015," katanya.
Apabila Perjanjian Induk dikuatkuasa, Air Selangor boleh menyerahkan hak milik tanah yang diperlukan dengan nilai sehingga RM2 bilion kepada PAAB bagi membolehkan PAAB menyediakan dana yang diperlukan untuk Air Selangor mengambil alih syarikat konsesi air Selangor.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#Dr Maximus Ongkili
#Kementerian Tenaga
#KeTTHA
#Mohamed Azmin Ali
#Teknologi Hijau dan Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan