awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar mahu pasukan khas perkukuh sistem audit negara
Jet persendirian terhempas di Lapangan Terbang Maine ketika ribut salji
Kemasukan awal tahun satu wajar, laluan khas pelajar bersedia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penstrukturan semula JKM ambil sedikit masa - Rina Harun

Bernama
Bernama
05/09/2020
13:46 MYT
Penstrukturan semula JKM ambil sedikit masa - Rina Harun
RINA: Ia bukan sekadar pertambahan kakitangan, malah ia melibatkan struktur yang lebih besar lagi, bagi memastikan perkhidmatan terhadap rakyat dapat diutamakan. - Gambar fail/BERNAMA
Penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan, kerana ia melibatkan keseluruhan kakitangan, pentadbiran dan juga pengurusan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata, pihaknya telahpun mengadakan perbincangan termasuk dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan beberapa pihak lain, bagi menjadikan JKM sebuah agensi yang mampu menangani cabaran lebih besar di masa hadapan.
"Ia bukan sekadar pertambahan kakitangan, malah ia melibatkan struktur yang lebih besar lagi, bagi memastikan perkhidmatan terhadap rakyat dapat diutamakan," katanya selepas Majlis Program Turun Padang KPWKM Edisi Negeri Kelantan, di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob itu turut dihadiri Timbalan Menteri kementerian itu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Rina berkata, ketika ini seorang pegawai JKM di lapangan menguruskan kira-kira 600 orang dan ini merupakan satu bebanan yang perlu diatasi, supaya pegawai terbabit dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien.
"Ini satu jumlah yang tinggi, tapi kakitangan terbabit tetap menjalankan amanah yang terbaik dan bertanggungjawab terhadap kerjanya," katanya.
Beliau berkata pada masa ini seramai 500,000 orang menerima bantuan bulanan JKM, yang membabitkan peruntukan RM1.5 bilion setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Jabatan Perkhidmatan Awam
#jkm
#JPA
#penstrukturan semula
#Rina Mohd Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan