NATIONAL
Pensyarah didakwa hina pelajar B40 kerana tidak miliki komputer riba

Video tular di media sosial memaparkan seorang pensyarah mempertikaikan pelajarnya yang tiada komputer riba. - Foto/MediaSosial
SEORANG pensyarah sebuah universiti negara didakwa menghina pelajarnya kerana tidak memiliki komputer riba.
Dalam video yang tular di media sosial sejak semalam, pensyarah berkenaan turut menempelak pelajar itu yang dilihat tidak berusaha untuk memiliki komputer walaupun sudah berada dalam semester lima.
Malah pensyarah itu turut menyoal latar belakang keluarga pelajar berkenaan dan mengesyorkan kalangan ahli keluarganya agar "berkorban" barang kemas untuk tujuan pendidikan.
Video tular itu dipercayai dirakam ketika sesi pembelajaran secara dalam talian.
Klip video berkenaan mendapat pelbagai respons dan kritikan daripada kalangan warga net.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami