awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah didakwa hina B40: Saya telah minta penjelasan UiTM - Menteri

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
30/03/2022
02:53 MYT
Pensyarah didakwa hina B40: Saya telah minta penjelasan UiTM - Menteri
NORAINI: Saya telah berhubung dengan pihak UiTM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Susulan tular satu klip video memaparkan seorang pensyarah universiti tempatan yang didakwa menghina seorang pelajar yang tidak memiliki komputer riba, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons.
Menerusi laman Twitter rasminya @DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar.
"Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak UiTM," katanya.
Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak @uitmofficial untuk meminta penjelasan mereka. https://t.co/kty8bc762V
— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) March 30, 2022
BACA: MPP UiTM gesa tindakan terhadap pensyarah didakwa hina B40
BACA: Pensyarah didakwa hina pelajar tidak miliki komputer riba
Ciapan terbaharu Noraini itu pantas diulang ciap (retweet) satu ciapan lain yang didakwa memaparkan video yang tular itu.
Namun, hasil pemerhatian semula di Twitter, video asal berkenaan telah dipadam oleh individu yang memuatnaiknya.
Susulan tular video berkenaan, pelbagai reaksi warga net mempertikaikan tindakan pensyarah yang menghina pelajar itu.
Pensyarah berkenaan turut didakwa menyifatkan golongan B40 tidak mementingkan pelajaran.
Topic Berkaitan
#UiTM
#noraini ahmad
#pensyarah hina B40
#pelajar tiada komputer riba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan