awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah ditahan miliki ganja lebih RM22,000

Bernama
Bernama
22/08/2018
01:39 MYT
Pensyarah ditahan miliki ganja lebih RM22,000
Pensyarah tersebut mengakui terlibat dalam pengedaran ganja sejak pertengahan tahun ini. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang pensyarah universiti swasta di hadapan sebuah kaunter pos di Jalan Song di sini, pagi semalam dan merampas dadah jenis ganja bernilai RM22,300.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Supt Sahar Abdul Latif berkata, penahanan pada kira-kira 10 pagi itu dibuat hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.
"Ketika diperiksa, tiada dadah dijumpai di badan suspek, polis kemudian memeriksa kenderaan dinaikinya sebelum suspek bertindak menyerahkan sendiri dua ketulan mampat dedaun disyaki ganja.
"Hasil siasatan lanjut, suspek mendedahkan masih ada bahan disyaki dadah disimpan di atas siling di sebuah tandas perempuan IPTS tempat suspek bekerja dan hasil pemeriksaan, polis menemukan tiga lagi ketulan mampat disyaki ganja dalam kotak dan beg," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Turut dirampas satu alat penimbang elektronik, satu gulung plastik pembalut dan pisau poket," katanya.
Beliau berkata suspek berusia 36 tahun yang positif dadah itu turut mengakui terlibat dengan pengedaran dadah sejak pertengahan tahun ini.
Suspek direman selama tujuh hari mulai semalam untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#ganja
#ipts
#Kuching
#marijuana
#pensyarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan