awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah minta rasuah ditahan

Bernama
Bernama
11/05/2021
20:23 MYT
Pensyarah minta rasuah ditahan
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan dipenjara tidak melebihi 20 tahun.
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pensyarah lelaki semalam kerana meminta dan menerima rasuah daripada pelajar.
Menurut sumber, lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di sebuah akademi swasta, ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira jam 2 petang.
Menerusi hasil siasatan, lelaki tersebut didapati meminta dan menerima wang rasuah daripada lima orang pelajar akademi berkenaan tahun ini, masing-masing RM300.
Ia sebagai balasan untuk mengubah keputusan ujian subjek 'Animation 2 - Rigging', daripada gagal kepada lulus.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan dipenjara tidak melebihi 20 tahun.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#SPRM
#Rasuah
#pelajar
#pensyarah
#siasatan
#akademi swasta
#SPRM Johor
#ubah keputusan ujian
#Azmi Alias
#tangkap
#gagal
#lulus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan