awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah rugi RM2,000 ditipu 'Encik Ali'

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2022
03:50 MYT
Pensyarah rugi RM2,000 ditipu 'Encik Ali'
Seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam kerugian RM2,000 selepas ditipu kenalannya bernama 'Encik Ali' pada Sabtu. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam kerugian RM2,000 selepas ditipu kenalannya bernama 'Encik Ali' pada Sabtu.
Kejadian bermula apabila mangsa berusia 57 tahun dihubungi suspek melalui aplikasi Telegram jam 12.30 pagi meminta pertolongan untuk meminjam wang daripada mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, susulan daripada itu, mangsa telah melakukan pindahan wang seperti diminta suspek.
"Selepas memasukkan wang itu, suspek sekali lagi meminta mangsa melakukan pindahan wang berjumlah RM3,000 ke nombor akaun sama.
"Namun mangsa yang curiga dengan kejadian itu tidak berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian di Balai Polis Kuantan pada petang Sabtu
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, boleh dikenakan sebatan dan denda," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pensyarah diperdaya
#Encik Ali
#aplikasi telegram
#Mohd Wazir Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan