awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan AUKUS: Malaysia suarakan kegusaran kepada Australia

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2021
08:07 MYT
Penubuhan AUKUS: Malaysia suarakan kegusaran kepada Australia
Ismail Sabri (kiri) menyuarakan kegusaran kepada Morrison (kanan) terhadap kerjasama AUKUS yang bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menyuarakan kegusaran terhadap penubuhan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu dinyatakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi panggilan telefon bersama rakan sejawatnya dari Australia, Scott Morrison pada Jumaat.
Dalam panggilan telefon itu, Morrison berkata, penubuhan kerjasama tersebut adalah untuk membantu Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear.
"Perdana Menteri Malaysia menyuarakan kegusaran terhadap kerjasama AUKUS ini yang bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik.
"Pada masa yang sama, ia akan memprovokasi kuasa-kuasa lain untuk turut bertindak lebih agresif di rantau ini terutamanya di Laut China Selatan," memetik kenyataan tersebut.
Sebagai sebuah negara dalam ASEAN, PMO memaklumkan, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
"Datuk Seri Ismail Sabri menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian dan pendekatan sedia ada Malaysia terhadap kapal selam berkuasa nuklear yang beroperasi di perairan Malaysia, termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan UndangUndang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea - UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (Southeast Asia Nuclear Weapons Free Zone - SEANWFZ)," memetik kenyataan itu.
Menerusi panggilan telefon itu juga, kedua-dua pemimpin turut mencapai kata sepakat dalam memperbaharui komitmen bersama bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, khususnya di rantau Indo-Pasifik.
"Perdana Menteri Malaysia menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang provokasi serta persaingan senjata di rantau ini, selain menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian serta pendekatan sedia ada," menurut PMO.
Pada masa sama, Malaysia dan Australia turut bersetuju memperkukuh kerjasama dan konsultasi dalam pelbagai aspek, termasuk dalam bidang pertahanan di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership).
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Scott Morrison
#AUKUS
#ASEAN
#Indo-Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan