awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanzania arah penjawat awam bekerja dari rumah atas faktor keselamatan

Bernama
Bernama
30/10/2025
16:23 MYT
Tanzania arah penjawat awam bekerja dari rumah atas faktor keselamatan
Pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis bertukar ganas, dengan pihak berkuasa dilaporkan melepaskan tembakan. - AP
DAR ES SALAAM: Kerajaan Tanzania mengarahkan semua penjawat awam di seluruh negara pada Rabu malam supaya bekerja dari rumah pada Khamis berikutan kebimbangan keselamatan susulan tunjuk perasaan yang dipimpin golongan belia sempena hari pengundian pilihan raya umum, lapor Xinhua.
Ketua Setiausaha Moses Kusiluka dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen berkata hanya penjawat awam yang tugasnya memerlukan kehadiran fizikal dibenarkan hadir bekerja.
Beliau turut menggesa majikan sektor swasta supaya membenarkan kakitangan bekerja dari luar pejabat dan menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting agar kekal berada di rumah.
Terdahulu pada Rabu, Ketua Polis Negara Camillus Wambura mengumumkan perintah berkurung di bandar pelabuhan Dar es Salaam bermula pada pukul 6 petang waktu tempatan.
"Selepas pukul 6 petang, tiada sesiapa dibenarkan berada di jalan raya di Dar es Salaam kecuali anggota polis yang sedang bertugas," katanya tanpa menyatakan tempoh pelaksanaan perintah berkurung itu.
Beliau berkata langkah itu diambil susulan insiden kemusnahan harta benda semasa tunjuk perasaan berlangsung.
Tinjauan Xinhua mendapati kumpulan kecil penunjuk perasaan, kebanyakannya golongan belia, berkumpul di beberapa kawasan bandar menuntut pembaharuan pilihan raya serta pembebasan pemimpin pembangkang yang ditahan.
Laporan turut menyebut pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis bertukar ganas, dengan pihak berkuasa dilaporkan melepaskan tembakan. Kekacauan itu turut menyebabkan kerosakan pada balai polis, stesen minyak, bas awam dan pusat pengundian di seluruh bandar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanzania
#protes
#tunjuk perasaan
#penjawat awam
#kerja dari rumah
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan