SHAH ALAM: Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata di sesetengah negara, gelombang Omiron BA.5 adalah besar tetapi di Malaysia gelombangnya adalah kecil tetapi lama.
"Macam saya kata, (pergerakan) 2,000 ke 5,000 kes tetapi agak lama, ia tidak naik mendadak ia naik sikit dan kekal ke paras yang baru," katanya kepada media selepas perasmian Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini hari ini.
Mengulas mengenai kes jangkitan COVID-19 yang tidak dilaporkan di aplikasi MySejahtera, Khairy berkata situasi itu berlaku di mana-mana negara bukan sahaja di Malaysia.
"Kes dilaporkan adalah kurang daripada keadaan sebenar sebab protokol kita untuk ujian pun telah dilonggarkan, dulu semua buat RT-PCR dan sekarang kebanyakan ujian yang dilaporkan adalah ujian RTK-Antigen," katanya.
Khairy berkata ada individu yang melakukan ujian kendiri tetapi tidak melaporkan kepada MySejahtera.
"Jadi dengan keadaan begini kita ambil petunjuk proksi dengan tidak tengok sangat kepada jumlah kes dan kita tengok kepada keseriusan kes. Kita melihat kepada severity (keterukan), jumlah kes kematian, kemasukan ke hospital.
Selagi kadar-kadar tersebut terkawal maka kita boleh mengurus masalah ini dengan baik sebab kalau tengok kepada kes ia akan turun naik, ia akan ada gelombang dari masa ke semasa, "katanya.
Khairy juga menasihati orang ramai untuk melaporkan jangkitan COVID-19 di MySejahtera bagi membantu Kementerian Kesihatan mengetahui keadaan sebenar dan jumlah kes di kalangan komuniti.
Terdahulu ketika berucap, Khairy berkata bagi mengorak langkah ke hadapan NIH merancang mempertingkat penyelidikan perubatan jitu, vaksin, perubatan tradisional dan komplementari, kohort kelahiran dan "National Quality Improvement Programme".
"NIH akan juga memanfaatkan kepelbagaian data yang tersedia dengan membangunkan ekosistem Analitik Data Raya Kesihatan bagi tujuan penyelidikan melalui Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan (2021-2025)," katanya.
NIH telah beroperasi sepenuhnya di bawah satu bumbung pada 2019 merangkumi Institut Penyelidikan Perubatan; Institut Kesihatan Umum; Institut Penyelidikan Klinikal; Institut Pengurusan Kesihatan; Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata di sesetengah negara, gelombang Omiron BA.5 adalah besar tetapi di Malaysia gelombangnya adalah kecil tetapi lama. - Gambar fail/BERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy
Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Untuk hidup dengan COVID-19, rakyat kena terima naik turun kes - Khairy
Tegas Khairy, untuk hidup bersama COVID-19, masyarakat perlu terima hakikat bahawa akan berlaku turun dan naik kes.
Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik
Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.