BERA: Masih belum ada keperluan untuk menutup taska, tadika dan kelas prasekolah di Pahang walaupun jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) melonjak sehingga lapan kali ganda dalam tempoh sama tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, kebanyakan kes HFMD dari Januari hingga 18 Mei lalu yang dikesan di negeri ini bersifat sporadik dan jumlah penularan kes di taska dan tadika masih rendah.
Menurut beliau, berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang juga mendapati kes tersebut masih dalam keadaan terkawal.
"Sehingga 18 Mei tahun ini sebanyak 1,744 kes dicatatkan iaitu lapan kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 8.3 peratus atau 145 kes dikenalpasti berpunca dari penularan yang berlaku di pusat Pendidikan kanak-kanak seperti taska, tadika atau prasekolah. Manakala 91.7 peratus atau 1,599 Kes tersebar secara sporadik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Sukarelawan VN37 Bersama Warga Bera, di sini, semalam.
Majlis anjuran VN37 dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Bera itu menerima lebih 5,000 pengunjung di seluruh daerah Bera.
Norolazali yang juga Adun Guai berkata, arahan penutupan premis terbabit hanya akan dilakukan sekiranya penilaian risiko oleh JKN Pahang mendapati jumlah penularan kes HFMD di negeri ini bertambah serius.
Sebelum ini, sebanyak 12 pusat jagaan kanak-kanak di Melaka sudah ditutup selepas mencatatkan 1,378 kes HFMD sehingga 14 Mei lalu.
Arahan penutupan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berlaku wabak HFMD di premis berkenaan.
"Jadi, ini mungkin salah satu asas pertimbangan untuk kita (kerajaan Pahang) untuk tidak menutup pusat-pusat ini kerana kita percaya, mereka boleh mengawal penularan wabak ini.
"Apa yang membimbangkan adalah pendedahan anak-anak ini ke kawasan yang sesak sehingga mendapat jangkitan tanpa sedar. Apa yang penting, jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan dan kalau anak demam atau kurang sihat, jangan bawa ke tempat yang sesak dan ramai orang," katanya.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar terus memantau tahap kesihatan anak mereka dan segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran jika dikesan mempunyai gejala penyakit itu.
Azee Shafy
Mon May 23 2022

Masih belum ada keperluan untuk menutup taska, tadika dan kelas prasekolah di Pahang walaupun jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) melonjak sehingga lapan kali ganda dalam tempoh sama tahun lalu. - Gambar hiasan

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT.

WUF11 | Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar
Krisis kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi hari ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya isu perbandaran diselesaikan secara menyeluruh dan berintegrasi. #WUF11 #AWANIxWUF

'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.

Pengurangan kemudaratan, langkah terbaik rawat ketagihan nikotin
Sejak diperkenalkan, penggunaan methadone terbukti berkesan apabila kes jangkitan HIV membabitkan pengguna dadah secara suntikan (IDU) mencatatkan penurunan signifikan.

Selesaikan dahulu isu 'perut rakyat', baru fikir pilihan raya - Shamsul Amri
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk pilihan raya apatah lagi dalam keadaan rakyat berdepan pelbagai masalah termasuk isu harga barang.

Inflasi | SME turut terkesan, terpaksa naikkan harga
Golongan SME tidak terkecuali daripada terkena tempias daripada keadaan inflasi yang melanda seluruh negara. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel wong berkata, pengusaha SME tiada pilihan dan terpaksa menaikkan harga jualan sekaligu akan membebankan pengguna.

Inflasi Makanan | Pemain PMKS gusar kenaikan harga bahan mentah
Kesan inflasi makanan yang tinggi ketika ini menggusarkan pemain perusahaan mikro, kecil dan sederhada (PMKS) yang rata-ratanya terlibat dengan industri makanan dan pembuatan. Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid berkata, masalah berkenaan menyebabkan kenaikan harga bahan mentah yang sekali gus memberi kesan kepada harga produk.

Inflasi | Kurangkan marjin keuntungan untuk bantu pengguna
Pengusaha SME disaran tidak menaikkan harga jualan dengan sewenang-wenangnya meskipun berdepan situasi ketidaktentuan ekonomi. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata, pengusaha SME harus berkorban mengurangkan margin keuntungan dalam usaha untuk membantu pengguna.

Konsep Keluarga Malaysia dikongsi pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022
Malaysia akan menerangkan contoh bagaimana keharmonian diwujudkan dalam masyarakat majmuk.

Mahkamah | Bekas isteri SM Faisal harap kesnya jadi contoh
Emilia Hanafi sebelum menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berkata, walaupun kehadirannya itu 'secara protes' tetapi ia disifatkan jihad dalam memperjuangkan keadilan.

Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).

HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.

Kes HFMD Johor menurun pada minggu sekolah
Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukkan penurunan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 23 (Epid 23) (5 hingga 11 Jun) kepada 1,090 kes.

HFMD: Kumulatif kes di Sabah pada paras 4,000, turun sedikit di minggu ke-22
Situasi semasa jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Sabah berada pada paras lebih 4,000 kes walaupun berlaku penurunan 27.17 peratus.

HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes
Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam.

Kes HFMD dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi - Khairy
Menterinya, Khairy Jamaluddin menjelaskan ia berikutan kes membabitkan gelombang berkenaan adalah bermusim dan bersifat setempat.

HFMD: Perak kesan 8,032 kes, peningkatan 39.2 kali ganda
Perak merekodkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan peningkatan sebanyak 39.2 kali ganda setakat Sabtu lalu.

Bilangan kes HFMD di Pahang, Perak meningkat
Sebanyak 3,760 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang bermula Januari sehingga semalam, meningkat 16 kali ganda berbanding hanya 233 kes pada tempoh sama.

HFMD: 3,990 kes direkodkan di Pulau Pinang
Sehingga minggu epid ke 23 jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan meningkat sebanyak 22 kali ganda di negeri itu.

82,846 kes HFMD dilaporkan setakat 4 Jun - KP Kesihatan
Jika dibandingkan sejumlah 30,489 kes bagi tempoh sama pada 2019, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda.