KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penulis British Michael Backman membayar ganti rugi berjumlah RM1.2 juta kepada bekas pegawai bank dan Pengerusi Kumpulan Media The Edge Tan Sri Tong Kooi Ong kerana memfitnah beliau dalam buku bertajuk Daim Zainuddin: Malaysia's Revolutionary and Troubleshooter.
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memerintahkan Backman membayar RM600,000 sebagai ganti rugi am dan RM600,000 lagi sebagai ganti rugi teruk.
Beliau berkata ganti rugi itu diberikan kerana menyebabkan kerosakan yang tidak ternilai akibat fitnah yang hanya boleh diberikan pampasan oleh mahkamah.
"Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif (Tong) dalam dunia perniagaan yang bukan hanya dikenali di Malaysia malah di rantau ini dan seluruh dunia. Memandangkan dakwaan yang dilemparkan ternyata memfitnah beliau di peringkat antarabangsa, RM600,000 sebagai ganti rugi am adalah jumlah yang munasabah," katanya.
Roz Mawar juga berkata mengenai ganti rugi teruk, defendan enggan memasukkan kehadiran dan mengemukakan pernyatan pembelaan atas alasan beliau tidak tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah itu.
Mahkamah turut memerintahkan Backman untuk membayar kos sebanyak RM100,000 kepada Tong dan membenarkan perintah injunksi terhadap penulis itu bagi menghalang beliau daripada mengulangi kenyataan fitnah dalam buku terhadap plaintif.
Pada Mac, satu perintah penghakiman ingkar telah dimasukkan terhadap Backman susulan kegagalan beliau hadir pada prosiding mahkamah.
Peguam K. Shanmuga mewakili Tong.
Pada 28 Sept 2022, Tong, 64, memfailkan saman terhadap Backman kerana mendakwa terdapat kenyataan berunsur fitnag dalam buku itu.
Menurut plaintif, pada 2018, defendan, melalui penerbitnya River Books Co. Ltd di Thailand, telah mencetak dan menerbitkan buku itu yang boleh didapati di seluruh dunia termasuk United Kingdom dan Malaysia.
Beliau mendakwa defendan secara melulu dan dengan niat jahat telah menerbitkan perkataan berunsur fitnah yang merosakkan imej plaintif dan menyebabkan perniagaannya mengalami kerugian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memerintahkan Backman membayar RM600,000 sebagai ganti rugi am dan RM600,000 lagi sebagai ganti rugi teruk. - Gambar hiasan
UNGA 78: Tshisekedi mahu misi PBB tinggalkan Congo Disember ini
Presiden Congo mahu pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu meninggalkan negara itu, mulai Disember ini kerana disifatkan gagal mengekang konflik di timur negara itu.
UNGA78: Platform penting untuk pemimpin dunia menyatakan pendapat dan kritikan
Masyarakat umum harus melihat Perhimpunan Agung PBB adalah merupakan platform penting bagi pemimpin-pemimpin negara terutama negara Islam, Asia dan Afrika menyatakan pendapat dan kritikan mereka terhadap berbagai isu.

Amerika Syarikat kekal pelabur utama di Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungan baik dengan Amerika Syarikat telah lama terjalin dan akan diteruskan.
Amerika Syarikat kekal pelabur utama di Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri ANwar Ibrahim menegaskan Amerika Syarikat kekal menjadi pelabur utama di Malaysia biarpun terdapat peningkatan pelaburan dan perdagangan dari China.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 September 2023.

23 individu ditahan terlibat penipuan tawatan kerja dalam talian
Seramai 23 individu terdiri daripada 12 lelaki tempatan dan 11 warga asing ditahan tengah malam tadi, kerana terlibat dengan penipuan tawaran kerja dalam talian di Persiaran KLCC di sini.

Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.
Tumpuan Jumaat - 22 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Penulis British diperintah bayar ganti rugi RM1.2 juta kepada Pengerusi Kumpulan Media The Edge
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penulis British Michael Backman membayar ganti rugi berjumlah RM1.2 juta kepada bekas pegawai bank dan Pengerusi Kumpulan Media The Edge Tan Sri Tong Koo