awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang feri hilang, muncul setelah tonton berita Astro

Aizat Sharif
Aizat Sharif
31/05/2013
12:15 MYT
Penumpang feri hilang, muncul setelah tonton berita Astro
Seorang penumpang feri Kawan Mas yang disangka hilang dalam kejadian feri karam di Sungai Rajang pada pagi Selasa lalu ditemui masih hidup.
Memetik laporan akhbar Borneo Post, mangsa tersebut, Ricky anak Sulus, 33 telah disenaraikan oleh pihak polis sebagai antara mangsa yang masih lagi hilang dan hanya mengetahuinya apabila dia menonton laporan berita dari Astro.
“Kediaman rumah panjang saya dilengkapi dengan kemudahan Astro. Apabila nama saya terpapar dalam laporan berita di Astro itu sebagai salah seorang penumpang yang masih hilang, saya agak terkejut,” kata Ricky.
Menurutnya, dia tidak tampil untuk membuat laporan polis mengenai keselamatan dirinya kerana dia masih lagi bersedih diatas kematian bapa saudaranya, Tujoh anak Lah yang bersamanya dalam feri yang sama untuk pulang menyambut perayaan Gawai.
Ricky kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kapit bersama dua lagi penumpang yang turut terselamat dalam kejadian itu iaitu, Anuar anak Margaret, 28 dan Simon Patrick, 15.
Topic Berkaitan
#Astro
#Belaga
#feri karam
#Ricky anak Sulus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan