KUALA LUMPUR: Penumpang yang menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang dari Wangsa Maju ketika waktu puncak pagi semalam (28 Mei) lalu disaran untuk membuat saringan COVID-19 sekiranya ada sebarang gejala.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberitahu, ia adalah berikutan satu mesej tular di media sosial yang mengatakan dua penumpang yang menaiki tren berkenaan positif jangkitan itu.
"Selain itu, mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT dari Taman Melati dan KLCC pada waktu puncak pagi pada 27 Mei lalu juga disaran untuk melakukan perkara yang sama," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini tular, seorang penumpang bernama Claudia Nuriman yang membuat hantaran dalam akaun Twitter @claudianuriman menyatakan bahawa dirinya positif COVID-19.
Penumpang itu mengesahkan dia menaiki tren LRT Wangsa Maju ke Pasar Seni dan seterusnya menyambung perjalanan menggunakan perkhidmatan MRT ke Stesen Semantan antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi pada 28 Mei.
Sementara seorang lagi, pemilik akaun twitter Nurul Aisyah @asyxxi turut memberitahu bahawa dia positif COVID-19 dan meminta para penumpang yang menaiki tren LRT dari Taman Melati ke KLCC antara pukul 8 dan 9 pagi, 27 Mei lalu menjalani ujian saringan.
Dalam pada itu, Prasarana memuji sikap keterbukaan kedua-dua penumpang berkenaan.
"Kami menasihati penumpang untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standar (SOP) ketika menggunakan perkhidmatan tren khususnya pemakaian pelitup muka dengan betul.
“Jika boleh, gunakan pelitup muka berganda untuk menjaga kesihatan masing-masing serta berhemah ketika menaiki tren bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19," katanya lagi.
Prasarana memberitahu, semua tren Rapid KL disanitasi pada setiap malam bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para penumpang.
"Pun begitu, mereka yang mempunyai tanda-tanda bergejala, elakkan menggunakan perkhidmatan tren dan meletakkan para penumpang lain dalam risiko,” tambah kenyataan itu.
Umavathi Ramayah
Sat May 29 2021
Prasarana memberitahu, semua tren Rapid KL disanitasi pada setiap malam bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para penumpang. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.