awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang maut motosikal bergesel van

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
17/10/2018
21:00 MYT
Penunggang maut motosikal bergesel van
Keadaan jasad mangsa yang terlibat kemalangan di Kepayan pada Rabu malam. - Astro AWANI
Seorang lelaki yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah van dalam kejadian di Jalan Pahlawan, Kepayan, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Siriman Sabat, 39 tahun, dikatakan dari arah Kepayan menuju ke Lido, sebelum terbabit dengan nahas berkenaan.
Difahamkan, ketika insiden berlaku, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah van jenis Nissan Lite Ace dihadapannya yang dipandu seorang lelaki berusia 68 tahun, sebelum motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu bergesel dengan sisi kiri kenderaan tersebut.
Impak pergeselan itu menyebabkan mangsa tercampak hampir 50 meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Habibi Majinji
#kemalangan
#penunggang motosikal
#Siriman Sabat
#van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan