awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang maut motosikal terbabas di LPT1

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2023
11:29 MYT
Penunggang maut motosikal terbabas di LPT1
Mangsa maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan terjatuh di kawasan laluan dalam pembaikan di KM211.2 LPT1 pada Khamis. - Foto FB Polis Trafik Kuantan
KUANTAN: Seorang penunggang maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum terjatuh di kawasan laluan dalam pembaikan di Kilometer 211.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), di sini, pada Khamis.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Ahmad Emir Danial Ahmad Hamdan, 22, dari Kapar, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 dalam perjalanan dari Kapar ke Kuala Terengganu.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas masuk ke laluan kiri yang sedang dalam pembaikan.
"Mangsa yang jatuh di tengah laluan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LPT1
#penunggang maut
#motosikal terbabas
#Ahmad Emir Danial Ahmad Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan