awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut bertembung pacuan empat roda

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2023
00:00 MYT
Penunggang motosikal maut bertembung pacuan empat roda
Keadaan motosikal dan pacuan empat roda yang remuk akibat kemalangan tersebut. - Foto ihsan PDRM/Sinar Harian
BENTONG: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer 19 Jalan Karak-Kuala Pilah di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan kira-kira jam 3.20 petang itu melibatkan sebuah motosikal, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda.
Menurutnya, mangsa, S Vivakanandan, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Hasil siasatan awal dan berdasarkan kesan-kesan kerosakan, dipercayai penunggang motosikal telah memotong MPV dan bertembung dengan pacuan empat roda serta tercampak lalu menyebabkan pacuan empat roda hilang kawalan dan melanggar MPV tersebut.
"Penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pemandu MPV iaitu lelaki berusia 35 tahun dan pemandu pacuan empat roda, lelaki berusia 60 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujar Zaiham, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan," tambah beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#kemalangan
#Jalan Karak-Kuala Pilah Bentong
#kemalangan motosikal MPV 4WD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan