awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut kemalangan, orang ramai diminta tampil salur maklumat

Aida Aziz
Aida Aziz
18/11/2023
23:15 MYT
Penunggang motosikal maut kemalangan, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut yang mengorbankan seorang penunggang motosikal di kilometer 1, Jalan Kampung Penchalang, Manjung, diminta untuk menyalurkannya kepada polis. - Gambar hiasan
MANJUNG: Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut yang mengorbankan seorang penunggang motosikal di kilometer 1, Jalan Kampung Penchalang, di sini, diminta untuk menyalurkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri pada Jumaat lalu (17 November), jam 3.52 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 18 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150.
"Motosikal yang ditunggang mangsa bergerak dari Lekir menghala ke Seri Manjung. Apabila sampai di tempat kejadian, ketika itu sedang hujan, disyaki mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di jalan raya.
"Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah dan telah meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Seri Manjung," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohamed Nordin menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jelasnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penunggang motosikal maut
#Jalan Kampung Penchalang
#polis cari maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan