awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut langgar kerbau, penternak diberi amaran

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/06/2023
08:03 MYT
Penunggang motosikal maut langgar kerbau, penternak diberi amaran
Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.30 pagi Ahad, ketika Mohamad Haddrie Naim Azmi, 20, bersama tiga rakannya menunggang motosikal berasingan dari arah Kampung Gajah ke Air Kuning. - Gambar/ PDRM
TAPAH: Seorang lelaki maut selepas motosikalnya melanggar sekumpulan kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah, dekat sini.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.30 pagi Ahad, ketika Mohamad Haddrie Naim Azmi, 20, bersama tiga rakannya menunggang motosikal berasingan dari arah Kampung Gajah ke Air Kuning.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kerana keadaan jalan terlalu gelap, kesemua mereka tidak sempat mengelak lalu melanggar kerbau terbabit di tengah jalan.
“Dalam kemalangan ini, mangsa (Mohamad Haddrie) telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi rakannya mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Kampar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau dalam pada itu, mengingatkan penternak agar lebih bertanggungjawab dan tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan.
Katanya, pemilik ternakan yang didapati dengan sengaja melepaskan ternakan mereka sehingga berlaku kemalangan, boleh didakwa di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat atau kecuaian berkaitan haiwan.
Menurutnya, seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#langgar kerbau
#hari raya aidiladha
#penunggang motosikal maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan