awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2023
04:16 MYT
Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV
Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 7.59 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV selamat. - Gambar/ Sinar Harian
KUANTAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada Khamis.
Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 7.59 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV selamat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk bantuan menyelamat.
Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan MPV jenis Toyota Avanza manakala penunggang terperosok di bawah kenderaan itu.
"Pihak bomba menggunakan beg udara untuk mengangkat MPV itu sebelum mayat mangsa dapat dikeluarkan.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Jalan Pintasan Kuantan
#motosikal
#MPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan