awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut perempuan Kolej Komuniti Arau maut kereta langgar pokok

Bernama
Bernama
18/08/2024
08:15 MYT
Penuntut perempuan Kolej Komuniti Arau maut kereta langgar pokok
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Kuala Perlis menghala ke Kolej Komuniti Arau. - Gambar/ Sinar Harian
KANGAR: Seorang penuntut Kolej Komuniti Arau maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok jati di Jalan Kuala Perlis-Changlun dekat Arau, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata polis menerima maklumat pada 8.15 pagi mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Kuala Perlis menghala ke Kolej Komuniti Arau.
Beliau berkata siasatan awal mendapati penuntut lelaki kolej itu berumur 19 tahun yang memandu kereta dipercayai terlelap menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di bahagian kiri jalan.
Ahmad Mohsin berkata ekoran kemalangan itu, penuntut perempuan berusia 18 tahun yang merupakan penumpang hadapan kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata pemandu dan seorang lagi penuntut perempuan berumur 18 tahun yang berada di bahagian tempat duduk belakang mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kolej Komuniti Arau
#kemalangan maut
#kereta langgar pokok
#pelajar maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan