REMBAU: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut, manakala dua lagi rakannya terselamat selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian di Kilometer 242.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kejadian jam 5.15 pagi itu membabitkan kereta jenis Toyota Vios dinaiki tiga lelaki berusia 20 hingga 21 tahun, dengan lori jenis Hino.
"Siasatan awal mendapati kesemua penuntut berkenaan dari Johor menghala ke Seremban, apabila sampai di lokasi berkenaan, pemandunya disyaki hilang kawalan ke kiri jalan, lalu terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori di lorong kiri.
"Akibatnya, penumpang hadapan iaitu Muhamad Alif Hafify Muhamad Hafiz, 20 tahun, maut di tempat kejadian susulan kecederaan parah di bahagian kepala dan badan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya, dua lagi rakannya selamat namun salah seorangnya mengalami kecederaan ringan di bahagian kanan tulang rusuk dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan susulan.
"Sementara itu, pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 31 dan 21 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa seterusnya di bawa Unit Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
"Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 03 2024
Kejadian jam 5.15 pagi itu membabitkan kereta jenis Toyota Vios dinaiki tiga lelaki berusia 20 hingga 21 tahun, dengan lori jenis Hino. - Foto PDRM
United berisiko ditendang daripada saingan Liga Europa
Manchester United berada dalam bahaya disingkirkan daripada saingan Liga Europa dan hanya boleh beraksi di Liga Persidangan Europa.
Jemaah haji kumpul pahala melalui penyertaan bersama Sahabat Maktab
Pasangan suami isteri muda dan tiga beradik berusia antara 15 hingga 23 tahun gigih mahu membantu jemaah haji lain dengan menyertai Sahabat Maktab dan menganggap beri bantuan kepada jemaah lain adalah lubuk mengumpul pahala di Tanah Suci.
Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula
Naib juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya di Terbuka Singapura, hari ini.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) menggantikan keupayaan dan profesion wartawan tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada kerjaya itu.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
PDRM tahan 18 ahli kumpulan kongsi gelap TR
Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau dikenali sebagai Sosma atas kesalahan terlibat jenayah terancang.
KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan cara mengubah suai lori yang disertakan tangki tambahan untuk mengisi bahan api terbabit dalam serbuan di Ipoh, Perak, Jumaat lepas.
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
[TERKINI] KKM kesan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
KKM berkata produk terlibat adalah N Glowing EWSB, Karisma Golden Turmeric Cream dan SL Two Intensive.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.