KUCHING: Penurunan kuasa kepada kerajaan negeri perlu dilakukan bagi mengurangkan birokrasi dalam melaksanakan projek Persekutuan terutama melibatkan penggunaan dana amanah di Sarawak.
Premier Sarawak Tan Sri Abang abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus membolehkan setiap pelaksanaan projek dapat disempurnakan dengan berkesan tanpa kelewatan.
"Kerajaan Sarawak mempunyai mekanisme tersendiri dalam membangunkan projek persekutuan di negeri ini. Seperti mana yang saya umumkan mengenai mekanisme untuk melaksanakan projek tersebut adalah melalui dana amanah.
“Saya yakin bahawa karenah birokrasi tidak akan begitu tebal... apa yang penting serahkan penurunan kuasa persekutuan kepada kerajaan negeri,” ujarnya
Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Seminar Falak 2022 di Islamic Information Center Kuching pada Jumaat.
Dalam Pada itu beliau turut mengulas mengenai hasil perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan anggota kabinet Persekutuan pada Khamis.
Menurut Abang Johari, isu berkaitan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara topik utama yang diberi perhatian termasuk usaha menyelesaikannya dalam tempoh satu bulan.
“Saya berjumpa dengan rombongan kabinet Persekutuan dari Sarawak yang diketuai YAB Datuk Fadillah dan dalam pertemuan itu kita telah berbincang mengenai rundingan MA63 dan terdapat beberapa masalah yang boleh diselesaikan dalam masa satu bulan.
“Ada pula berhubung dengan perundangan yang saya rasa ada yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh satu bulan dan Fadillah mengambil maklum mengenai masalah tersebut,” ujarnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi tanggungjawab kepada Datuk Seri Fadillah Yusof untuk meneliti penyelesaian tuntutan hak Sabah dan Sarawak dalam MA63.
Azizah Alwi
Fri Dec 09 2022
Menurut Abang Johari, isu berkaitan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara topik utama yang diberi perhatian termasuk usaha menyelesaikannya dalam tempoh satu bulan.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Penurunan kuasa kepada negeri kurangkan birokrasi dalam projek Persekutuan - Abang Jo
Penurunan kuasa kepada kerajaan negeri perlu dilakukan bagi mengurangkan birokrasi dalam melaksanakan projek Persekutuan.