awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah Besraya mulai esok

Bernama
Bernama
04/01/2026
09:48 MYT
Penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah Besraya mulai esok
Besraya memaklumkan penutupan itu adalah inisiatif untuk meningkatkan kelancaran aliran trafik bagi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan.
KUALA LUMPUR: Ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di Kilometer (KM) 9.5 kedua-dua arah Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan dilaksanakan bermula esok secara percubaan selama enam bulan.

Ringkasan AI
  • Ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di KM 9.5 Lebuhraya Sungai Besi bermula esok selama enam bulan bagi meningkatkan kelancaran trafik.
  • Pertumbuhan pesat di sepanjang jajaran Besraya menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan Pekan Sungai Besi, Kuchai Lama, dan lain-lain.
  • Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan berhati-hati, serta menggunakan pusingan-U alternatif di KM8.6 dan KM10.5 sepanjang tempoh penutupan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Besraya (M) Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu adalah inisiatif untuk meningkatkan kelancaran aliran trafik bagi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan.
Ini berikutan pembangunan pesat di sepanjang jajaran Besraya seperti Pekan Sungai Besi, Kampung Malaysia, Kuchai Lama, Pekan Salak Selatan, Bandar Tasik Permaisuri dan Taman Salak Jaya telah menyumbang kepada pertambahan trafik dan menyebabkan kesesakan pada waktu puncak pagi dan petang di kawasan itu.
"Lalu lintas bersilang (traffic weaving) di pusingan-U di KM9.5 turut mengganggu aliran trafik laluan utama lebuh raya dan menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan itu," menurut kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan penuh itu, pengguna dari arah selatan boleh menggunakan pusingan-U di KM8.6 manakala pengguna dari arah utara menggunakan pusingan-U di KM10.5.
"Segala kesulitan amatlah dikesali. Sila rancang perjalanan anda dan berhati-hati ketika memandu. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Besline di 1-800-88-0999," menurut Besraya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan pelaksanaan ujian rintis penutupan penuh pusingan-U di Kilometer 9.5 Lebuhraya Sungai Besi? A: Penutupan penuh pusingan-U dilaksanakan untuk meningkatkan kelancaran aliran trafik bagi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya di kawasan tersebut.
  • Q: Mengapa terdapat peningkatan trafik dan kesesakan di Lebuhraya Sungai Besi khususnya di sekitar KM 9.5? A: Pembangunan pesat di kawasan sekitar seperti Pekan Sungai Besi, Kampung Malaysia, Kuchai Lama, Pekan Salak Selatan, Bandar Tasik Permaisuri, dan Taman Salak Jaya telah menyumbang kepada pertambahan trafik yang mengakibatkan kesesakan pada waktu puncak pagi dan petang.
  • Q: Bagaimana pengguna lebuh raya dapat mengakses pusingan-U alternatif semasa tempoh penutupan penuh di KM 9.5? A: Pengguna dari arah selatan boleh menggunakan pusingan-U di KM8.6 manakala pengguna dari arah utara boleh menggunakan pusingan-U di KM10.5.

Topic Berkaitan
#Besraya
#penutupan jalan
#penutupan penuh pusingan-U
#penutupan pusingan-U
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan