awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan sekolah: KPM perlu kerap buat sidang media, tingkat komunikasi efisien - NUTP

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2021
09:27 MYT
Penutupan sekolah: KPM perlu kerap buat sidang media, tingkat komunikasi efisien - NUTP
Lebih lima juta pelajar, ibu bapa dan ratusan ribu guru memerlukan maklumat daripada KPM, kata Harry. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk wakil media.
Ia susulan peningkatan ketara sekolah yang ditutup kerana kes COVID-19 melibatkan kluster pendidikan.
Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata situasi ketika ini memaksa maklumat disampaikan secara efisien kepada lebih lima juta ibu bapa pelajar yang semakin bimbang dengan situasi semasa.
"Kita nak sarankan kepada KPM agar mereka mengadakan sesi sidang akhbar seperti yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang selalu diterajui oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
"Beliau (Dr Noor Hisham) boleh menjawab soalan-soalan yang dijawab oleh media dan boleh disampaikan ke semua peringkat rakyat Malaysia supaya mereka faham akan situasi sebenar.
"Pada masa sama, dalam konteks sama, kita ada lima juta pelajar di Malaysia, 450,000 orang guru, 100,000 kakitangan sokongan dan juga ibu bapa kepada lima juta anak murid kita.
"Ini adalah satu angka yang sangat besar di mana mereka semua perlukan maklumat daripada pihak berkuasa (KPM)," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Harry turut menyarankan KPM menutup sementara sekolah-sekolah yang berada di dalam zon merah.
Ia bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#COVID-19
#pendidikan
#KKM
#jangkitan
#pelajar sekolah
#sekolah tutup
#Kluster Pendidikan
#kluster pelajar sekolah
#NUTP
#Harry Tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan