awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyahkarbonan pacu ekonomi hijau dan digital Sarawak - Abang Jo

Bernama
Bernama
08/09/2025
13:45 MYT
Penyahkarbonan pacu ekonomi hijau dan digital Sarawak - Abang Jo
Roland berucap pada Majlis Perasmian Green Mobiliti Innovation Summit di sebuah hotel, hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Sarawak menganggap cabaran penyahkarbonan sebagai batu loncatan untuk memacu negeri ke arah ekonomi hijau, digital dan diterajui inovasi, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata usaha itu dilaksanakan menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), yang dilancarkan pada 2022
"Asas kepada pelan hala tuju ini (PCDS 2030) ialah aspirasi kami untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030, dengan pertumbuhan ekonomi yang berakar umbi dalam kelestarian alam sekitar," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Inovasi Mobiliti Hijau di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
Mengenai sidang kemuncak itu, Abang Johari berkata persidangan itu telah dipuji sebagai pemangkin kepada kerjasama, inovasi dan pelaburan dalam sektor mobiliti mampan.
Beliau berkata idea yang dibentangkan semasa sidang kemuncak itu boleh memainkan peranan transformatif dalam membentuk dasar, memupuk peluang perniagaan baharu dan memperkasakan komuniti di seluruh dunia.
"Sarawak bersedia untuk mengambil bahagian secara aktif dalam isu global. Negeri ini menghulurkan undangan terbuka untuk kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, usaha sama dalam teknologi bersih, pembinaan kapasiti dan pertukaran pengetahuan.
"Semoga sidang kemuncak ini menjadi titik permulaan untuk idea baharu, program perintis dan juga rangka kerja serantau yang memajukan mobiliti mampan," tambah Abang Johari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#isu global
#idea baharu
#program perintis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan