Penularan penyakit mumps atau beguk di Terengganu semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan ketara berbanding tahun lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh.
Beliau berkata dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, 114 kes penyakit itu dilaporkan berbanding 118 kes sepanjang tahun lepas, dan penyakit tersebut dikesan menular di beberapa sekolah, rumah persendirian, sekolah pondok serta madrasah.
"Sehubungan itu, semua pihak perlu terus mencegahnya dengan mengambil beberapa langkah awal seperti mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, mengasingkan pesakit dan tidak membawanya ke tempat awam untuk mengelak jangkitan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Terbaharu, beberapa pelajar di sebuah sekolah menengah berasrama di Kuala Terengganu dijangkiti penyakit itu dan sedang dikuarantin di rumah masing-masing.
Ditanya sama ada sekolah akan ditutup berikutan penularan virus itu, Dr Mohd berkata kebiasaannya hanya pelajar terbabit dikuarantin di rumah, namun sekiranya jumlah pelajar dijangkiti terlalu ramai, pihak pengurusan boleh menutup sekolah berkenaan.
Kuala Terengganu adalah daerah tertinggi merekodkan penyakit itu dengan empat kes, manakala Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun, masing-masing satu kes.
Bagi mengelak penyakit itu berjangkit kepada orang ramai, Dr Mohd menasihati ibu bapa untuk memberi vaksin imunisasi kepada anak mereka pada usia sembilan dan 12 bulan sebagai langkah pencegahan jangka panjang terhadap virus tersebut. -- Bernama
Bernama
Sun May 05 2019
Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, 114 kes penyakit itu dilaporkan berbanding 118 kes sepanjang tahun lepas. - Gambar hiasan
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri
Dr Mohd berkata jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus kes beguk dalam tempoh hanya tiga minggu.
Penyakit beguk di Terengganu meningkat kepada 182 kes
Peningkatan 68 kes dalam tempoh dua minggu membabitkan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu.
Penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan
Penularan penyakit mumps atau beguk di Terengganu semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan ketara berbanding tahun lepas.
Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit
Beberapa penyakit seperti difteria, demam campak, beguk atau mums, dan rubela boleh dielakkan melalui pemberian vaksin.
Tutup sekolah elak wabak beguk berterusan - KKM
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan kawalan dan pencegahan termasuk pengasingan pelajar sejak kejadian kluster beguk itu dilaporkan pada 14 Ogos 2018.
Apa itu beguk? Kenali punca, simptom dan cara merawat
Pernahkah tiba-tiba pipi anak anda bengkak dan mengadu sakit? Sakitnya sampai susah untuk meneguk air dan makan.
Wabak beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu.
Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee
Penularan wabak beguk dapat ditangani dan kebiasaanya pesakit beguk akan pulih dalam tempoh kurang dua minggu.
Madrasah di Besut tutup empat hari akibat penularan virus beguk
Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di sini ditutup empat hari mulai esok hingga Khamis berikutan penyebaran virus Beguk.