awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2024
11:23 MYT
Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik
Kabel elektrik tersebut ditemukan melekat pada badan mangsa yang tertiarap di bawah sebuah rumah. - Gambar/ Sinar Harian
SANDAKAN: Remaja lelaki warga asing yang ditemukan maut akibat renjatan elektrik dipercayai terkena kabel elektrik daripada sambungan haram di kawasan setinggan di Kampung Datu Pangeran Batu 7, di sini.
Dalam kejadian itu, kabel elektrik tersebut ditemukan melekat pada badan mangsa yang tertiarap di bawah sebuah rumah.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 10.31 pagi.
"Hasil siasatan di lokasi perkampungan setinggan tersebut mendapati mayat seorang lelaki warga asing dalam keadaan tertiarap di bawah sebuah rumah.
"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik berpandukan kabel elektrik penyambungan haram yang melekat pada pada badannya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Abdul Fuad lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duches of Kent (HDOK) untuk tujuan bedah siasat.
"Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan pasukan bomba menerim panggilan bagi bantuan mengangkat mangsa yang ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#remaja maut
#penyambungan haram
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan