awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyampaian ilmu di luar bandar Sarawak perlu pendekatan baharu - Abang Johari

Bernama
Bernama
21/05/2025
21:15 MYT
Penyampaian ilmu di luar bandar Sarawak perlu pendekatan baharu - Abang Johari
Abang Johari berucap sempena sambutan ulang tahun ke-25 Pustaka Negeri Sarawak di Kuching malam tadi. - Foto UKAS
KUCHING: Proses penyampaian ilmu kepada masyarakat luar bandar perlu dilakukan dengan pendekatan baharu yang lebih menarik dan bersifat menghiburkan sejajar dengan perubahan zaman serta perkembangan teknologi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata usaha itu penting bagi memastikan masyarakat desa tidak ketinggalan dalam era digital khususnya dalam aspek literasi dan akses kepada bahan bacaan ilmiah.
"Pendekatan baharu itu adalah untuk menjadikan ia menarik dan menghiburkan untuk orang kampung. Jadi, kalau mereka membaca sahaja, bosanlah mereka. Jadi, mesti ada interaksi dalam cara penyampaian ilmu kita," katanya ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ke-25 Pustaka Negeri Sarawak malam tadi.
Beliau turut merujuk kejayaan program Subsidi Kesejahteraan Asas Sarawak (SKAS) yang menunjukkan golongan B40 di kampung juga mampu menggunakan teknologi untuk membuat pembayaran dalam talian sekali gus menunjukkan tahap literasi digital mereka.
"Kita sudah diberitahu 86 peratus (rakyat yang layak menikmati SKAS) sudah mendaftar dan mereka menggunakan pembayaran secara dalam talian, bermakna orang kampung kalau kita ajar mereka juga boleh ada akses dalam talian untuk bahan bacaan ilmiah," katanya.
Abang Johari berkata kerajaan Sarawak juga telah meluluskan peruntukan bagi membina bangunan arkib baharu yang lebih moden sebagai komitmen berterusan untuk memelihara khazanah penting di negeri itu.
"Yang penting bagi kita adalah untuk menyimpan khazanah kita. Sebab itulah kerajaan telah meluluskan bangunan baru arkib. Saya rasa arkib ini yang tercanggih di kawasan ini," katanya.
Beliau berkata dokumen-dokumen penting berkaitan Sarawak seperti dokumen Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperoleh dari London sebelum ini akan disimpan di arkib itu sebagai rujukan rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan B40
#Perjanjian Malaysia 1963
#Abang Johari Tun Openg
#luar bandar Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami