awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar hilangkan kabur imej bergerak
29 April keputusan permohonan wakil rakyat cabar penggantungan Parlimen era COVID-19
Anwar pengerusikan mesyuarat Kabinet sejurus tiba dari Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyamun, pencuri kereta ditembak mati

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/03/2018
15:11 MYT
Penyamun, pencuri kereta ditembak mati
Polis ketika mengepung kawasan rumah yang didiami suspek petang tadi. - Astro AWANI
Dua lelaki dipercayai terbabit sindiket menyamun dan mencuri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di sekitar Kelantan, maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Perumahan Kampung Joh Machang, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, polis menyerbu sebuah rumah selepas menerima laporan orang awam yang curiga dengan kehadiran dua lelaki tersebut.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad, ketika sampai di lokasi, pasukan polis mengepung rumah yang didiami suspek sebelum mengarahkan kedua-dua suspek untuk menyerahkan diri.
Namun, suspek yang ingkar dengan arahan pihak polis telah melepaskan tembakan.
Rumah yang didiami suspek di Perumahan Kampung Joh Machang. - Astro AWANI
Rumah yang didiami suspek di Perumahan Kampung Joh Machang. - Astro AWANI
Ketika berbalas tembakan selama hampir tujuh minit, kedua-dua suspek maut selepas terkena tembakan.
Mayat kedua-dua suspek ditemui di ruang tamu dan luar bilik.
Pihak polis turut menemui dua pucuk pistol termasuk satu pistol tiruan dan sebilah parang.
Jelas Din lagi, kedua-dua suspek berkenaan disyaki turut terlibat dalam kejadian samun Toyota Hilux di Jalan Sri Cemerlang dan mencederakan seorang lelaki.
"Suspek dipercayai membawa kenderaan curi ke negara jiran. Mereka ini (suspek) juga menyamar sebagai polis dan menyamar dalam pelbagai cara untuk melakukan aktiviti mereka," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab Dua untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#curi kereta
#machang
#mati ditembak
#samun
#Toyota Hilux
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan