Penyanyi Indonesia, Tegar Septian dan isteri selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh penyanyi tersebut menerusi Instagram Story miliknya pada Isnin.

Tegar, 19, dan isteri , Sarah Sheilka, 23, dikurniakan seorang bayi lelaki.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang" itu telah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac lalu.

Selepas dua bulan disatukan, Tegar memaklumkan bahawa dia sudah bersedia menjadi seorang bapa dan memberitahu bahawa isterinya sudah hamil anak pertama.