awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi Kaka Azraff sah bergelar isteri kepada usahawan

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2018
15:02 MYT
Penyanyi Kaka Azraff sah bergelar isteri kepada usahawan
Pasangan itu mengikat tali pertunangannya pada 27 November lalu. - Foto ihsan Warner Music Malaysia
Penyanyi Kaka Azraff disahkan telah selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya Adam Azriff yang juga seorang usahawan hari ini.
Majlis pernikahan berlangsung jam 9.53 malam di kediaman keluarganya di Klang, Selangor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup, menurut satu kenyataan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
“Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin manakala mas kahwinnya bernilai RM 300.
“Majlis akad nikah yang serba sederhana itu dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak,” menurut kenyataan itu.
Pasangan itu mengikat tali pertunangannya pada 27 November lalu.
Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih.
Sementara itu Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah S.W.T. dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu dan ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka ini.
BACA: Kaka Azraff bakal nikah hari ini?
Bagi meraikan cinta pasangan mempelai ini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Topic Berkaitan
#Adam Azriff
#berkahwin
#Kaka Azraff
#pelakon
#penyanyi
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan