awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi kumpulan muzik era 90-an ditahan kerana miliki pistol

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2015
08:19 MYT
Penyanyi kumpulan muzik era 90-an ditahan kerana miliki pistol
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8, Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api. - Gambar Fail
Vokalis lelaki kumpulan muzik popular era 90-an telah ditahan polis di Sentul awal pagi tadi, kerana dipercayai memiliki senjata api.
Menurut polis, penyanyi berkenaan ditahan pasukan peronda ketika berada di dalam kenderaan jenis Proton Gen-2, di susur masuk ke Kampung Chubadak.
Pemeriksaan lanjut dilakukan anggota preman yang meronda kemudian menemui sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact dengan nombor siri 12L20520.
Penyanyi tersebut turut mengakui pistol berkenaan miliknya. Penyanyi yang berada dalam lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut.
Laporan Bernama memetik sebagai berkata, Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata lelaki tersebut ditahan pada pukul 1.45 pagi selepas unit cawangan pencegahan jenayah Sentul menemui kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan polis dalam kenderaan itu menemui sepucuk pistol berwarna hitam tertera tulisan 'Walther CP99 Compact' di bahagian kiri tempat duduk pemandu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Munusamy berkata siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah pada tahun 2004.
Katanya, suspek direman hari ini sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Topic Berkaitan
#Amir UKAYS
#Mohd Azmir Muhammad
#pistol
#Proton Gen-2
#Walter CP99 Compact
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan