MALAYSIA
Penyasaran subsidi: Kerajaan perhalusi pelaksanaan dasar elak bebankan rakyat - Fahmi

Fahmi berkata penyesuaian terhadap dasar-dasar yang diumumkan sebelum ini, termasuk subsidi diesel dan cadangan berkaitan RON95, sedang diteliti secara mendalam. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperhalusi pelaksanaan dasar penyasaran subsidi bagi memastikan sebarang keputusan tidak mendatangkan impak negatif kepada rakyat.
Ringkasan AI
- Kerajaan sedang meneliti mekanisme penyasaran subsidi dan perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) agar tidak membebankan rakyat, termasuk cadangan berkaitan subsidi RON95.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa sebarang dasar baharu mesti diambil dengan cermat bagi mengelakkan kesan negatif terhadap majoriti rakyat, khususnya dalam isu bahan api.
- Penelitian mendalam terhadap polisi sedia ada dan cadangan dasar baharu telah mengakibatkan penyesuaian dan anjakan garis masa pelaksanaan demi kesejahteraan rakyat.
"Itulah antara sebab kenapa setelah pelaksanaan beberapa dasar sebelum ini sama ada penyasaran semula subsidi diesel dan beberapa ikhtiar yang lain, kita lihat perlu ada sedikit penelitian mekanisme penyaluran itu dan memastikan tidak ada kesan yang negatif," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan di Pusat Media Parlimen Malaysia pada Isnin.
Jelas beliau lagi, penyesuaian terhadap dasar-dasar yang diumumkan sebelum ini, termasuk subsidi diesel dan cadangan berkaitan RON95, sedang diteliti secara mendalam.
"Maka kalau kita lihat dalam isu perluasan skop SST juga, ada beberapa perkara yang telah diteliti setelah diumumkan, maka beberapa penyesuaian dilaksana samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana tetapi telah dibayangkan ataupun disebut sebelum ini mengenai RON95.
"Jadi perdana menteri ada menyentuh hal ini dalam pemukiman dengan ahli Parlimen. Beliau berhasrat untuk memastikan ia tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada rakyat. Sedang diperhalusi, penelitian itulah yang menganjakkan sendiri garis masa tersebut," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami